Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sunday, 3 June 2012

Mat Gagak perdaya gadis-gadis Malaysia jadi GRO di Jepun

Polis akan menyiasat mengenai dakwaan wanita Malaysia diperdayakan oleh sindiket warga Nigeria yang dikenali sebagai “Gagak Hitam” untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Jepun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia merupakan perkara baru.

“Saya pernah mendengar beberapa sindiket di sini di mana membawa masuk warga asing untuk bekerja sebagai GRO dan terlibat dengan aktivit-aktiviti maksiat.

“Tetapi ini merupakan kali pertama saya mendengar sindiket yang memperdayakan wanita Malaysia untuk bekerja di luar negara sebagai GRO dan dalam perkhidmatan teman sosial,” kata beliau pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang wanita-wanita yang secara sukarela untuk bekerja sebagai GRO malah dalam aktiviti-aktivit maksiat di seluruh negara, sambil menambah ia bergantung kepada undang-undang negara itu dan pihak berkuasa di sana untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

“Bagaimanapun, jika dakwaan yang mengenai anggota sindiket warga Nigeria di Tokyo adalah benar dan mereka menjalankan operasi di Malaysia maka kami akan menyiasat tentang perkara ini, lebih-lebih lagi mereka menawarkan gadis Malaysia bawah umur untuk berkhidmat dengan mereka,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menyiasat sama ada gadis-gadis berkenaan dipaksa untuk didagangkan atau terdapat mereka diperdayakan.

The Star pada Sabtu melaporkan seorang rakyat Nigeria yang menjalankan operasi dari Ropponggi dan Kabukicho di kawasan panas di Tokyo, Jepun, menawarkan gadis-gadis Malaysia berusia di bawah 25 tahun untuk RM2,000 untuk khidmat teman sosial selama 24 jam.

Warga Nigeria itu, yang menamakan dirinya sebagai Kent, didakwa turut menawarkan gadis Malaysia berusia 16 tahun tetapi harganya tidak murah berikutan masih bawah umur.

Ketua Biro Aduan dan Khidmat Masyarakat MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau belum pernah mendengar sebarang kes melibatkan rakyat Malaysia yang dibawa ke Jepun untuk berkhidmat sebagai GRO meskipun beliau tidak menolak terdapat kemungkinan mengenai perkara itu.

“Jepun merupakan wilayah yang ketat dengan undnag-undang dan tidak akan membiarkan pelawat yang tidak diyakinkan dengan tujuan lawatannya ke Jepun.

“Sindiket itu mesti mempunyai asas yang baik jika mereka boleh melakukan perkara sedekimian kerana adalah mahal untuk terbang ke Malaysia dan terdapat keperluan visa yang ketat,” kata Chong, sambil menambah wanita-wanita yang “diiklankan” mungkin bukan dari Malaysia, tetapi dari China.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada cara untuk menghalang rakyat Malaysia untuk pergi ke negara lain dan menyalahgunakan visa perjalanan mereka kerana amat sukar untuk mengetahui niat sebenar mereka.

Read more...

Kapal Selam Scorpene: Dari tidak boleh menyelam sehingga bayaran jutaan komisyen

Pembangkang tidak henti-henti bercakap soal kapal selam Malaysia-Scorpene. Dari tidak dapat menyelam, berakibat pembunuhan model Mongolia- Altantuya Shaaribu dan kini pula isu bayaran komisyen.

Suatu ketika Pemimpin Pembangkang yang dimulai oleh Tony Pua (DAP) dan dispin oleh Nurul Izzah Anwar (PKR) mendakwa bahawa kapal selam negara itu tidak mampu menyelam.

Namun semua dakwaan itu hanya tinggal dakwaan, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng menyelam bersama kapal selam negara itu.

Pelawaan Menteri Pertahanan-Zahid Hamidi kepada pemimpin Pembangkang untuk menyelam bersama kapal selam negara, hanya diterima oleh Guan Eng, manakala Tony Pua dan Nurul Izzah bisu seribu bahasa.

Sebelum isu kapal selam tidak mampu menyelam, pihak pembangkang menabur cerita, bahawa kematian model Mongolia-Altantuya ada kaitan dengan pembelian kapal selam scorpene, dan dakwaan itu, ada disebut di mahkamah Perancis.

Isu terkini mengenai kapal scorpene, dikatakan Perdana Menteri-Najib Razak; didakwa meminta komisyen sehingga AS1bilion serta dakwaan kickback kepada syarikat milik bapa kepada Razak Baginda yang berjumlah Euro 36 juta. 
 
Ekoran dakwaan itu, AMK PKR membuat laporan kepada SPRM mendesak melakukan siasatan terhadap Najib.
 
AMK PKR bukan sahaja mendesak siastan, akan tetapi membuat kata dua kepada SPRM untuk membuat pendirian mengenai isu tersebut.

Read more...

Saturday, 2 June 2012

Apabila Nizar mendoakan Kejatuhan PAS

Memang mengejutkan bila Himpunan Hijau yang merupakan himpunan Pas terbesar selepas himpunan Bersih3 menjadi medan pemimpin sendiri menghentam parti. Siapa lagi kalau bukan si Nizar wakil Pas dari Perak ini.

Dalam ucapantamanya, si Nizar telah tersasul dengan menyebut sepintas lalu petanda kejatuhan Pas disemua peringkat dihadapan beribu-ribu penyokong Pas didalam stadium Darul Aman.

Mungkin selepas ini, ada mulut yang akan menuduh si Nizar agen UMNO dan anggota cawangan Khas ‘Special Branch’ sehingga tergamak mengeluarkan ayat sedemikian.

Memang Nizar ini selalu membuat sensasi. Semasa PRK Tenang, Johor, dia membuat fatwa.. Haram mengundi Umno, awal minggu ini pula menghina Sultan Johor, dengan mendakwa DYMM Johor itu menggunakan wang rakyat untuk mendapatkan nombor kereta WWW1.

Nizar bukan sahaja menghentam Umno/BN malah partinya sendiri. Dah miring barang kali.. semenjak kehilangan Jawatan MB pada Februari, 2009.

Read more...

Himpunan Hijau Pas: Gambarpun menipu

Dalam Gambar juga... nampaknya pada PAS kini... pergaulan antara Lelaki dan wanita dah dibolehkan.Cuba tengok gambar ini betul2.. apa bezanya dengan gambar bawah!!!

Read more...

Kos persembahan K-Pop hanya RM0.9 bukan RM2.4 juta

Pembangkang kantoi lagi. KBS tak keluarkan wangpun. Kementerian itu dapat sponsor RM28 juta sempena himpunan Jutaan Belia Putrajaya.

Kos persembahan K-Pop hanya RM900,000 bukannya RM2.4 juta seperti yang dispin pihak pembangkang.

Pembangkang tidak habis menipu rakyat. Baru-baru ini salah seorang pemimpin pembangkang kena tempelak kerana cuba menghina Sultan Johor.

Ketandusan isu membuatkan pembangkang spin isu tanpa kebenaran.

Apabila sudah terbiasa menipu, pasti.. kalau membentuk kerajaan juga pasti menipu. Rakyat akan rugi besar jika para penipu ini diberi mandat.

Read more...

Himpunan Hijau: Kerana nak berkuasa.. batas-batas agama dilupakan

 Gambar Atas dimanipulasi Penyokong Pas... Gambar bawah keadaan sebenar.
Kerana mabuk kuasa.. PAS melupakan perjuangannya sendiri. Di Kelantan, suatu ketika, kaunter bayaran untuk lelaki berasingan dengan wanita... itu dulu... kini... lihat sahaja di Stadium Darul Aman Kedah ini, wanita dan lelaki bebas bergaul.

Perbuatan PAS ini telah jelas, parti yang mengatas namakan Islam itu, sebenarnya, adalah parti biasa yang tidak terlepas daripada perbuatan duniawi.

Menyokong PAS bukan lagi tikit masuk syurga, bukan lagi tikit mengwujudkan negara islam. PAS sama dengan parti-parti lain di negara ini.

Read more...

Friday, 1 June 2012

Duit siapa dalam akaun Azmin itu?

Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.

"Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.

Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.- BERNAMA

Read more...

Thursday, 31 May 2012

Zhang Ziyi aktres cantik tapi pelacur kelas tinggi

Menteri Perdagangan China Bo Xilai didakwa pernah tidur bersama aktres cantik Zhang Ziyi sekurang-kurang 10 kali untuk bayaran RM5juta antara tahun 2004-2007.

Selain itu, dikatakan juga aktress cantik RRC itu telah meniduri ramai VVIP negara itu dan dia berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 700 juta yuan (RM350juta).

Read more...

Rasuah Azmin: Ada bukti-bukti baru

Blogger RPK mendakwa seorang bekas penyiasat SPRM (dulu BPR) telah menyerahkan bukti-bukti baru berhubung rasuah Azmin Ali.

Dengan dakwaan itu, SPRM memberi respon, bahawa dalam kes jenayah rasuah, tiada had waktu yang ditetapkan; jika ada bukti-bukti baru, maka kertas siasatan akan dibuka semula.

Ada beberapa fakta yang perlu dirungkai berhubung kes rasuah yang membabitkan Azmin:-

Pertama-Seorang penjawat awam yang hanya bergaji RM2,244/bulan dalam spin waktu yang singkat dapat mengumpul harta jutaan ringgit plus wang jutaan dalam akaun bank, samaada atas nama sendiri ataupun isteri.

Kedua-Mengapa kes pemilikan harta Azmin ditutup 17 tahun lalu, sedangkan fakta/bukti  wujud.

Ketiga-Peranan Anwar Ibrahim dalam kes rasuah setiausaha sulitnya itu?

Read more...

Wednesday, 30 May 2012

WWW1: Komen Nizar kena Tempelak

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya, Isnin, sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.

"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. - BERNAMA

Read more...

Tuesday, 29 May 2012

Rasuah Azmin- Anwar terlibat menutupnya

Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Read more...

20 Perkara bagi Datuk Salleh Said

APABILA Datuk Salleh Tun Said mengeluarkan pandangan bahawa 20 point Sabah menyertai Malaya, Sarawak, Singapura membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963 telahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara, ramai yang mempertikainya, termasuk Datuk Dr Maximus J Ongkili.

AYT tidak akan menguraikan secara detail mengenai 20 Point itu, akan tetapi hanya menulis rangkuman daripada 20 point itu.

20 Point adalah memorendum yang dihasilkan daripada temuan IGC sebagai syarat penyertaan Borneo Utara membentuk Negara Malaysia.

Apabila negara dibentuk, maka Perlembagaan Negara juga terwujud dengan mengambilkira, 20 Perakara itu. Atas   sebab itulah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu memberi pandangan agar supaya 20 Point jangan dipolitikan, kerana ianya sudahpun termaktub dalam perlembagaan.

Perjalanan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia telahpun masuk 49 tahun, dan secara perlahan-lahan dan pasti, bahawa semua perkara-perkara yang disebut dalam 20 point itu dilaksanakan secara bertahap.

Kini, kita tidak boleh menyatakan bahawa syarat-syarat 20 pointpun tidak dilaksanakan, melainkan kita perlu "pin point" perkara mana yang belum sepenuhnya dilaksanakan.

Apapun perubahan terhadap 20 Perkara itu, berlaku kerana keputusan rakyat Sabah sendiri melalui Dewan Undangan Negeri Sabah, memutuskan mengenai perkara yang berkaitan dengan 20 Perkara, sesuai dengan perkembangan zaman dan situasi.

Bagi AYT.. melihat 20 Point... jangan kita terpaku dan statik. Kita perlu melihat berasaskan kepada situasi dan masa. Sebab apabila kita terpaku dan statik, maka minda kita akan terpaku pada keadaan atau zaman semasa 20 point itu terwujud.

Memang 20 Point itu merupakan catatan sejarah... Datuk Salleh tidak mempertikainya.. beliau hanya membuat kesimpulan, bahawa 20 perkara itu telah tercakup dalam perlembagaan negara, kerana pelaksanaan 20 point itu selepas 49 tahun, telah tergambar dalam perlembagaan negara.

20 Point, hanya hipotesis semasa merangkanya, dan selepas 49 tahun... hipotesis itu terbukti... bahawa ianya tercakup dalam Perlembagaan.

Atas asas itu, Salleh mencadangkan agar 20 Perkara jangan dipolitikan, bagi mereka yang benar-benar memperhalusi perkembangan negara selama 49 tahun.

Bagi AYT... sama-sama kita memperhalusi perkembangan 20 point itu, mana satu perkara yang belum sepenuhnya dilaksanakan.. 

Kita boleh berbeza pendapat... tetapi kita juga perlu menghormati pandangan masing-masing.. Namun, sebelum kita memberi komen negatif terhadap pandangan orang lain, kita perlu melihat daripada sudut mana pandangan itu dilihat.

Datuk Salleh memberi pandangan daripada sudut kemajuan mengenai 20 point itu, dinamikanya ke arah "Nation Building"... 

"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,".
“DATUK SALLEH TUN SAID”

"Semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan tetapi semata mata memorendum politik"
“DATUK MAX ONGKILI"


APA ITU 20 PERKARA
Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.
Perkara 2: Bahasa

    Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan
    Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
    Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.
Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan "Melayu Raya".
Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Perkara 7: Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

    Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
    Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
    Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.
Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang Di Pertua Negara.
Perkara 19: Nama Negeri

Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara. mengenai 20 Point itu.

Read more...

Siapa bayar Ummi?

Dua-tiga orang dekat Ummi Hafilda merungut. Kini mereka dijauhi Ummi; sebabnya Ummi sudah ada duit.

Siapa yang bayar Ummi?

Ummi kadangkala hadir di majlis ceramah Umno... hanya satu misi... dedah masalah peribadi Anwar, dan Azmin Ali.

Seorang bloger yang juga ahli Umno melalui FBnya. menulis.. "Saya agak terperanjat seorang jawatankuasa penerangan yang menganjurkan majlis ceramah di Parlimen Bandar Tun Razak dan jemput Umi Hafilda beri ceramah, beri tahu saya. ceramahnya bukan percuma, sebaliknya kena bayar. bukan sikit pula tu.. empat angka. Ada juga orang yang berkata demi perjuangan islam, melayu dan negara tetapi kata-katanya kena bayar."

Read more...

About This Blog

Catatan dalam blog ini ada yang berasaskan pengalaman pribadi dan isu-isu semasa.

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP