Saturday, June 30, 2012

Musa perlu terus mengemudi BN Sabah: Salleh Said

Datuk Seri MUSA Aman adalah pemimpin yang bersifat low profile, sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 Mac 2003, bagi meggantikan Tan Sri Chog Kah Kiat, dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah.

Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasioal Sabah dan Pengerusi Perhubugan Umno Sabah, beliau telah melalui dua pilihanraya umum, yakni pada tahun 2004 dan 2008.

Di kedua-dua pilihanraya itu, Musa membawa kemenangan hampir mutlak kepada Barisan Nasional Sabah, walaupun ada sedikit kecacatan, apabila kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi dewan undangan negeri.

Menjelang PRU-13, Musa sekali lagi diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk mengemudi BN Sabah bagi memastikan kemenangan terutama kerusi-kerusi parlimen yang menjadi sasaran pembangkang.

Musa sebagai Ketua Menteri mendapat sokongan daripada semua pemimpin komponen parti BN di Sabah, walaupun sedikit waktu lalu, ada suara-suara sumbang daripada parti LDP. Namun, semuanya itu telah berlalu; biasalah dalam keluarga besar ada sahaja unsur ketidak puashatian namun semuanya itu ibarat perahu lalu kiambang bertaut.

Selain sokongkan padu daripada pemimpin komponen BN Sabah, yang sangat signifikan terhadap kepimpinan Musa, adalah sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Timbalannya, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang juga merangkap Speaker DUN Sabah itu, sejak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, telah memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dan menyokong Musa sesuai dengan jawatan dan peranan beliau sebagai orang nombor dua.

Semalam, Salleh mengulangi komitmennya itu, seraya berkata, bahawa kepimpinan Musa terus disokong dan diberi kepercayaan oleh pimpinan negeri termasuk juga pucuk pimpinan tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengerusi Barisan Nasional Pusat.

Berasaskan kepada sokongan yang tidak berbelah bagi itu, maka Musa diberi kepercayaan penuh bagi mencorakkan alah tuju pembangunan negeri ini. Untuk itu, beliau juga akan diberi kepercayaan untuk menentukan para pemimpin yang akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

Musa mempunyai kapasiti untuk menilai, kualiti dan integriti para pemimpin di peringkat negeri untuk diketengahkan sebagai calon-calon yang mewakili BN yang menepati kretiria Perdana Menteri, yakni Winnable Candidate.

Berasaskan kepada sokongan padu para pemimpin negeri dan juga pucuk pimpinan, tidak syak lagi, BN dibawah kemudi Ketua Menteri ke-14 Sabah itu, akan mencapai kemenangan mutlak pada PRU-13 akan datang.

Usain Bolt pelari terpantas dunia tapi bukan di negaranya

USAIN Bolt merupakan pelari terpantas dunia dengan rekod 9.58 saat, tapi bukan pelari di negaranya Jamaica, apabila pada kejohanan olahraga negara itu pada jumaat, Bolt kalah mengejut kepada rakan selatihannya Yohan Blake.

Yohan membuat kejutan dengan larian 9.75 saat, sekaligus memadam rekod kebangsaan negera itu yang dipegang Bolt, 9.76 saat.

Bolt hanya memenangi tempat kedua dengan masa 9.86 dan Astafa Powel tempat ketiga dengan masa 9.88 saat.

Siapa yang akan menjuarai olimpik di London? apa kah Yohan Blake? atau kah Justin Galtin (USA) atau Usain Bolt?

Usian sejak beberapa tahun bermasalah dengan Permulaan larian, kerana ukuran yang kaki yang terlalu besar dan panjang. Walaupun bermasalah dengan larian permulaan, namun kerana ketinggiannya 6 kaki 5 inci, merupakan kelebihannya di 50 meter terakhir.

Pada kejohanan Jamaica pada Jumaat, Bolt bertolak terlalu lambat berbanding Blake, faktor itulah yang menyebabkan kekalahannya.

Friday, June 29, 2012

Wan Azizah lindungi Faekah Husin

TIADA yang pelu dibincangkan berhubung kes yang melanda Faekah Husin, demikian kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

Faekah menulis surat menggunakan Logo Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor, bagi menyokong permohonan anak saudaranya untuk menjadi panel peguam bagi syarikat-syarikat di bawah kerajaan Selangor.

Menurut Wan Azizah, kelakuan Faekah itu tiada kepentingan umum, kerana hanya membabitkan surat sokongan.

Lihatlah bagaimana, pemimpin Pakatan menghalakan cara, jika berkaitan dengan orang-orangnya. Cover up total.

Bayangkan jika berkuasa di negara, ini, cover up seumpama ini akan berleluasa, sehingga rakyatlah yang gigit jari, sedangkan kekayaan negara akan mereka kongsi sesama mereka sendiri. 

Contoh paling kecilpun, yakni panel peguam, mereka dah salahguna kuasa, apatah lagi berkaitan dengan projek mega, seperti LRT Ampang, yang bernilai bilion atau projek MRT yang bernilai bilion-bilion.

Kita kena sedar, menyokong Pakatan Rakyat, sama dengan menggali kubur sendiri.

Anwar patut sudah lama digantung sampai mati: Dr Kasim Ahmad

Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.

Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.

Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.

Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz
Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.

Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

Ahli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.

Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".

"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

'Satu lambat, kedua bodoh'
Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antaran 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.

Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semula.

Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.

Dr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.

"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.
Dipetik daripada Malaysiakini

Akhirnya Khir Toyo berehat panjang

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.- Bernama

Isu Scorpene: Nurul Izzah@Spinner Knock Out

Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene.

Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.

Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut? Ahmad Zahid  menjawab-TIDAK PERLU, KERANA pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.

Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.

Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.

Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?

SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.

Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.

Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.

Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?

Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung.
Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu ‘tulin’ untuk menyerang Perdana Menteri.

Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?

Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.

Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.

Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.

Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.

Tidak apa, teruskanlah menyedapkan hati sendiri buat masa ini, kerana jumlah sokongan sebenar tetap akan terserlah dalam pilihanraya.

TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS
( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.
 Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia

Thursday, June 28, 2012

Projek LRT Ampang: Rafizi mengarut lagi

Rafizi (gambar) masih sukar untuk membuang tabiat memfitnah dan mengaibkan orang walaupun baru-baru ini berniat untuk bertaubat pada Ramadhan mendatang ini.

Terbaru! Rafizi telah membuat pendedahan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat campurtangan dalam urusan penganugerahan tender mengenai Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Ternyata hobi Rafizi memfitnah dan cuba mengaibkan PM bakal menjerut leher sendiri dan mengarut.


Semalam dalam lamannya, dia telah memfitnah PM kononnya telah campur tangan bagi memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/Chine Railway/Tewet Gmbh (GEORGE KENT) seperti yang disiarkan BT (bawah).


Menurut Rafizi, dia mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek 'Penambahbaikan LRT Ampang' berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan Malaysia.(bawah)

Memang benar, jika diteliti isi kandungan surat tersebut, sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut dengan nilai tender sebanyak RM 1,119,970,599 (Billion).

Namun dimanakah bukti dakwaan Rafizi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dan campurtangan dalam urusan penganugerahan projek ini kepada syarikat lain iaitu GEORGE KENT?

Kalau kita meneliti surat tersebut, tidak ada bukti dalam isi kandungan surat yang mengaitkan atau arahan campur tangan dari Perdana Menteri.

Surat di atas hanyalah cadangan dan kelulusan Lembaga Pengarah menganugerahkan projek tersebut kepada Konsortium PDA. Namun masih belum dimuktamadkan lagi Konsortium PDA sebagai kontraktor bagi kerja Projek Penambahbaikan LRT Ampang itu.

Rafizi sepatutnya menunjukkan bukti surat lantikan sah Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut. Mana surat lantikan itu?

MENGAPA GEORGE KENT TERPILIH?

Rafizi cuba membina persepsi jahat dikalangan masyarakat terhadap Perdana Menteri. Besar kemungkinan Rafizi telah dibayar oleh kontraktor yang kecewa kerana tidak dapat projek itu?

Adakah Rafizi tahu bahawa Prasarana berhak melantik mana-mana syarikat yang dirasakan layak untuk menguruskan projek itu?

Sebaliknya Rafizi hanya membuat tuduhan yang Perdana Menteri telah bertindak menukar keputusan Prasarana dan kononnya menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbillion wang rakyat.


Dalam artikel dari I-Property (di atas), terdapat lapan konsortium dijemput untuk membida Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN RAFIZI.

Jika mengikut artikel ini, GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line; Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)oleh kerajaan.

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?

Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas yang jelas lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?

Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.

Tidakkah Rafizi sedar realiti ini?

Penulus yakin kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dalam penganugerahan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.

Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.

Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek. Betulkan?

Ternyata pendedahan yang kononnya bakal menamatkan karier Perdana Menteri hanya membuktikan kerajaan sebenarnya telus dan adil dalam penganugerahan projek mega.

Apa yang Rafizi merepek dengan menggambarkan penglibatan campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan projek Prasarana ini?

Mana bukti campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Penulis merasakan wujud hubungan antara kontraktor yang kecewa ini dengan pakatan haram. Mungkin jika konsortium yang dibela oleh Rafizi ini dapat projek 'Penambahbaikan LRT Ampang', adakah pakatan haram akan dapat komisen untuk dana PRU akan datang?

Ini kerana penulis pelik kenapa Rafizi membela sangat konsortium yang tidak dapat projek itu. Takkanlah Rafizi nak buat kerja sia-sia?
Fikirlah rakyat! Tulisan asal: Shah Alam Rebels:

Hudud bukan lagi matalamat Pas: Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati orang Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal jawab menjadi panas apabila peserta Melayu-Islam yang rata-rata muda bangkit bertanyakan soalan itu kepadanya.

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud berbanding kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran, membanteras rasuah dan mempertahankan integriti.

"Kita hormati persamaan dan persefahaman yang dicapai. Ada perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang untuk mengadakan persefahaman.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" di Shah Alam malam tadi anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan oleh pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Sedihnya Khalid kalau Faekah berhenti

Individu yang paling sedih adalah Khalid Ibrahim, kalau Faekah Husin berhenti. Faekah dikaitkn dengan penyalahgunaan Kepala Surat berlogo  Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor bagi menyokong anak saudaranya untuk dilantik sebagai panel dalam sebuah agensi Kerajaan Selangor.

Ekoran terbongarnya salahguna kuasa itu, rata-rata pemimpin PKR mahukan Faekah dipecat. Malah akaun maya dibuka untuk memberi tekanan kepada Khalid memecat sospol kesayangannya itu.

Sebelum ini, Khalid berkorban meletakan jawatan Pengerusi PKR negeri, semata-mata untuk menyelamatkan Faekah yang tidak disenangi Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Spekulasi mengatakan bahawa Faekah akan meletakan jawatan secara sukarela untuk mengelak pemecatan.

Tulisan-tulisan di alam siber, ramai mengatakan esok (jumaat) adalah hari terakhir Faekah sebagai Setiausaha Politik kepada Khalid Ibrahim.

Isu masuk Umno-Rezeki Cikgu Mala melimpah

Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang dipegang dilepaskan.

Sewaktu baru-baru kalah Normala masih lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik. Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS.

Memandangkan beliau telah meletak jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.

Jika diikutkan cara PAS julang beliau selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih. Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS Pusat .

Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB ditolak rakyat, nak jadi AJK PAS ditolak pula oleh ahli-ahli PAS.

Nama Normala yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Setelah berhenti sebagai guru dan kalah bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga kurang. Difahamkan beliau juga terpaksa menanggung hutang ketika bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.

Lalu muncullah cerita yang mengatakan beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya, dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru untuk menjadi calon PAS.

Mengikut maklumat yang kami terima cerita berkenaan berpunca dari Normala sendiri dengan niat untuk menggeletek pimpinan PAS agar memberi perhatian kepadanya. Sudah menjadi kelaziman sebarang gossip atau berita-berita panas politik akan cepat mendapat perhatian blog-blog politik. Cerita berkenaan tersebar beberapa hari.

Setelah beberapa hari tersebar tiba-tiba Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan menyaman blog-blog yang melaporkan berita berkenaan. Dalam masa yang sama Normala mendapat perhatian pimpinan PAS yang mula bertanya khabar tentang hutang yang ditanggungnya dan juga kedudukan ekonomi keluarganya.

Bijak sungguh Normala bermain politik.

Tulisan asal disini

Berita Buruk buat Pakatan: Harga Saham FGV melonjak 19 peratus dalam beberapa minit didagangkan

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran. FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Dengan kenaikan ini, menolak tomahan pembangkang, kononnya saham itu akan mengalami kerugian apabila disenaraikan. 

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.
Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.

Wednesday, June 27, 2012

Benarkah Dato Murad Khalid minta maaf pada Anwar?

Saifuddin Nasution buat-buat cerita, kononnya bekas penolong gabenor bank negara Dato Abdul Murad Khalid minta maaf pada Anwar tahun 2004.

Selain itu, Setiausaha Agong PKR itu mendakwa, bahawa Murad diugut oleh pihak-pihakk tertentu untuk membuat akuan bersumpah.

Namun, dua minggu lalu, bekas penolong gabenor bank negara itu tampil  bahawa beliau sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika kes itu disiasat semula.

Bagi AYT, Kalaulah benar semua cerita Saifuddin itu, dah lama riuh sekampung. Mana ada tumbukan maut dilakukan perlahan-lahan.

Disebabkan cerita iitu hanya rekaan, ekonan terdedahnya kembali 20 akaun Anwar yang membabitkan RM3 bilion, maka puak-puak PKR terpaksa mereka-reka jawapan.

Hanya pemimpin PKR sahaja yang berusaha agar kes RM3 bilion Anwar tidak disiasat, sementara pemimpin pembangkang daripada Pas dan DAP, mahukan perkara itu disiasat oleh SPRM.

Isu Scorpene: Nurul Izzah@spinner-Knock out di Parlimen

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.

"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene

"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.

Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.

Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis

Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.

Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.

Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.

"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.

"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).


"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah, menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.

Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.

"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.

"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.

Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.

Monday, June 25, 2012

Wanita misteri Anwar-jawapanpun misteri

Cuba baca alasannya. Saya tidak kenal Anwar, hanya saya kenal isterinya. Saya juga selalu sponsor acara badminton dan beri derma pada Bakti, semasa Anwar masih TPM.

Saya punya aset sehingga RM100juta, kerana bisnes lumba kuda. Saya ada rumah di Pulau Pinang bernilai RM3.68juta.

Semasa saya di Dubai, orang masuk rumah saya ambil semua dokumen, termasuk wang RM26 juta.

Tahun 2000, apabila saya kembali ke Malaysia, semua harta itu bertukar milik. Saya juga dimufliskan oleh LHDN kerana tidak bayar cukai RM50 juta.

Alasan misteri dari seorang individu yang bernama Zaliah Zakaria,56 yang dikaitkan dengan Anwar, berhubung akaun RM3bilion.

RM3bilion: Anwar double Standard

Anwar Ibrahim tidak mengitriaf Akuan Bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid yang dibuat pada tahun 1999, yang menerangkan bahawa mantan TPM itu mengawal 20 akaun bank yang membabitkan RM3bilion. Sebaliknya, beliau menggunapakai akuan bersumpah mantan penyiasat BPR Abdul Razak Idris yang dibuat pada tahun 2003.

Bezanya antara dua akuan bersumpah itu, Abdul Murad membuatnya secara sukarela, sebaliknya Razak membuatnya atas permintaan Anwar (sepertimana pengakuan Razak Idris sendiri minggu lalu).

Kes Anwar yang didakwa mengawal akaun berjumlah RM3bilion, terdedah selepas mantan TPM itu dipecat daripada jawatannya pada September, 1998, kerana salah laku moral.

Sehingga kini, Anwar masih berdolak dalik mengenai dakwaan itu, dan di dewan rakyat minggu lalu, beliau lebih fokus kepada akuan bersumpah Razak Idris, dan tidak menyentuhpun mengenai akuan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid.

Ironinya, kedua-dua individu yang terlibat membuat akuan bersumpah itu, telah menyatakan menyokong SPRM untuk membuka kes tersebut semula, dan mereka sanggup memberi kerjasama.

Siasatan Kes RM3 bilion oleh BPR ketika itu, ada kelopongan, kerana beban bukti terletak kepada pihak pengadu untuk memberikan bukti-bukti, namun selepas agensi itu bertukar kepada SPRM, skopnya menjadi luas, kerana SPRM boleh mengguna pakai bukti-bukti daripada sumber-sumber lain.

Adalah tugas SPRM melakukan penyiasatan terhadap 20 akaun yang didakwa membabitkan Anwar, kerana agensi itu dengan mudah mengakses akaun-akaun itu.

Sunday, June 24, 2012

Apa kah ada hubungan istimewa antara Khalid-Faekah?

Apakah ada hubungan istimewa antara Khalid Ibrahim dan Faekah Husin, selain hubungan kerja?

Berhubung salah laku yang dilakukan Faekah, Khalid sendiri melanggar arahannya, bahawa ADUN atau Pejabat Menteri Besar dilarang mengeluarkan surat yang bertujuan menyokong anggota keluarga untuk mendapatkan apa-apa keuntungan daripada kerajaan Selangor.

Faekah, setiausaha politik Khalid, berhadapan dengan salahgunakuasa kerana mengeluarkan surat, yang mengatas namakan pejabat Menteri besar, untuk menyokong sebuah syarikat guaman, dimana anak buahnya merupakan rakan kongsi.

Namun, salahgunakuasa sospol Khalid itu, mendapat pembelaan daripada MB itu, dengan berkata, itu bukan merupakan kesalahan.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau sendiri, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mohd Yahya Sahri juga dituduh menyalahguna kepala surat berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya. Beliau meletak jawatan pada Jun 2008.

Selain itu, Pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Khalid memecat seorang Ahli Majlis Perbandaran Kelang kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya untuk mendapatkan kontrak pungutan sampah.

Khalid ketika itu mengumumkan bahawa Tee Boon Hock, pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Ronie Liu, melanggar etika kerana mengeluarkan surat sokongan itu. Tee juga dipecat daripada parti manakala Ronie diberi amaran keras oleh DAP.

Berdasarkan tindakan Khalid yang bercanggah dengan keputusannya sendiri, seorang pemimpin PKR negeri,Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini.

Melihat tindakan Khalid yang double standard itu, ada kemungkinan, bahawa Khalid mempunyai hubungan tertentu dengan Faekah, selain urusan kerja.

Sebelum ini, Khalid pernah berkorban melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri Selangor kepada Azmin Ali, kerana Timbalan Presdien PKR itu tidak menyenangi Faekah.

Demi menyorokkan semua itu, Khalid berkorban. Namun, akhir-akhir ini, ketidakan senangan Azmin terhad sospol Khalid itu memuncak, sehingga diwujudkan akaun maya, agar Faekah dipecat. melalui halaman maya itu, juga Azmin pernah melakukan twit, bahawa beliau menyokong sospol Khalid itu dipecat.

Friday, June 22, 2012

Kemelut PKR Selangor: Khalid Ibrahim membisu

Hanya Wanita ini Yang Bersuara..sementara Bosnya membisu.

 Kemelut PKR Selangor, sebenarnya pecah menanti belah. Khalid terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi negeri, dan jawatan itu diambilalih timbalannya Azmin Ali.

Khalid terpaksa berkorban, hanya untuk menyelamatkan setiausaha politiknya Faekah Husin yang tidak disenangi Azmin.

Walaupun kemelut agak reda setahun, kini kemelut muncul semula, apabila para penyokong Timbalan Presiden PKR itu mendesak Faekah dipecat. Desakan itu mendapat sokongan daripada Azmin secara terang-terangan.

Kemelut parti Anwar itu kini bertambah parah lagi, apabila secara tiba-tiba CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli letak jawatan.

Rafizi bercanggah pendapat dengan pejabat menteri besar, berhubung isu pendidikan percuma UNISEL dan KUIS.

Melihat kepada kelakuan para pemimpin PKR yang hanya mahu mempertahankan ego dan kehendaknya sendiri, tanpa mengambil jalan menang-menang demi rakyat, adalah satu kelakuan yang sangat bahaya.

Para pemimpin sebenarnya berjuang demi rakyat, bukan kepentingan sendiri atau ego sendiri. 

Rafizi letak jawatan, boleh ditafsirkan sama dengan askar yang lari daripada medan perang. Hukumnya anda tahu sendiri.

Rafizi memberi alasan, bahawa sebab musbabnya meletak jawatan kerana mahu menumpukan pada ibadat pada bulan puasa... jika itu alasan yang sebenarnya, terlalu dangkal sebabnya.
Siapapun boleh meneka dan memberi tafsiran, sebab sebenarnya, adalah seriusnya masalah dalam PKR Selangor, terutama antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor memberi kenyataan secara terbuka, meminta Anwar campur tangan.

Kenyataan terbuka, Ketua Penerangan PKR Selangor, menunjukkan krisis PKR Selangor semakin parah.

Rafizi Ramli besar kemungkinan keluar PKR

KEMELUT PKR SELANGOR bertambah-tambah, apabila Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor- Rafizi Ramli (gambar) meletak jawatan semalam.

Walaupun menurut Rafizi, bahawa perletakan jawatannya itu bukan isu politik, namun tindakannya itu, berhubung kait dengan kemelut Kerajaan Selangor yang sedang melanda.

Pertembungan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, bukan boleh disorok lagi. Desakan para penyokong Timbalan Presiden PKR itu meminta agar supaya sospol Khaid, Faekah Husin dipecat turut disokong Azmin.

Dengan peletakan jawatan Rafizi daripada pejabat Anwar Ibrahim, membayangkan betapa besarnya masalah dalaman PKR.

Apakah melalui perletakan jawatan itu, Rafizi akan mengikuti tindakan para pemimpin PKR terdahulu untuk berpaling tadah?

Thursday, June 21, 2012

Kebebasan berhimpun perlu ada had: Tun Mahathir

Adalah baik untuk mempunyai kebebasan berhimpun tetapi ia perlu ada hadnya kerana sebuah kerajaan yang baik bukan hanya bertanggungjawab kepada kumpulan minoriti tetapi juga majoriti, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, semua kebebasan ada hadnya kerana kebebasan mungkin menceroboh atau menafikan kebebasan orang lain.
  
"Jadi, kita perlu menerima had ini, anda boleh mendapat kebebasan tetapi anda tidak boleh melangkaui sesetengah perkara kerana orang lain juga berhak untuk mendapat kebebasan," katanya dalam ceramahnya 'Akta Perhimpunan Aman 2012 - Masa Depan dan Cabaran' di Putrajaya semalam.
  
Beliau berkata kebebasan berhimpun juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana apabila ini berlaku sepanjang masa, kerajaan tidak boleh membuat keputusan yang baik.
  
Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal tetapi masih mengamalkan demokrasi dalam erti kata rakyat boleh mengubah kerajaan melalui proses pengundian dan dengan ini ia tidak memerlukan rakyat untuk bangkit dan mengadakan revolusi.
  
"Tapi mereka (pembangkang) nampaknya percaya apabila anda berikan kebebasan berhimpun, ia tiada had dan bagi mereka yang berhimpun boleh buat apa saja dan anda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka.
  
"Kita masih belum bersedia untuk liberalisme. Saya fikir ia akan mencemarkan imej negara jika kita cuba menjadi begitu liberal seperti demokrasi liberal di barat," katanya.
  
Di negara ini, katanya ia masih terbuka untuk kritikan berbanding negara-negara lain yang (dikatakan) liberal, dan ia tidak perlu dicemari dengan demonstrasi, hanya semata-mata untuk menegakkan pendapat.
- Bernama

Kecoh PRU-13 musim haji.. siapa kata?

INIlah masalahnya apabila andaian terus dibuat oleh Pembangkang, kononnya PRU-13 diadakan pada musim haji.

Kita tahu, hanya 28 ribu rakyat negara ini terlibat haji tiap tahun. Mereka itu, terdiri daripada berbagai lapisan, dan tersebar pula di seluruh negara.

Jumlah itu, bukanlah penentu kemenangan sesebuah parti untuk memerintah; mereka hanya sebahagian kecil sahaja dan separakara lagi, belum tentu mereka itu sebagai pengundi, kerana tidak mendaftar dengan SPR.

Namun, kerana tiada isu, maka musim haji juga dipolitikan.

Berbagai ulama memberi hujah, seandainya PRU-13 diadakan pada musim haji. Ada yang mengatakan satu kesalahan, dan berbagai macam hujah lagi.

Peliknya, dipihak DS Najib, tiada sebarang pertandapun PRU-13 diadakan pada musim haji. Hanya pihak pembangkang yang mengwar-warkannya.
 
 



Hubungan Sulit Anwar-Shamsidar -Terus menghantui Wan Azizah

Memasuki tahun ke-14 hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar, terus menghantuai Wan Azizah. Berdiam dirinya Presiden PKR itu, bertambah misteri lagi perbuatan itu.

Pada kebiasaannya, berdasarkan adab masyarakat negara ini, berdiam dirinya seseorang dalam sesuatu perkara, bermakna mengiakan perkara itu.

Memang dalam agama, menutup keaiban seorang suami, dituntut daripada seorang isteri; namun jika dilihat daripada skop besar, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar kepada rakyat umum, kerana statusnya sebagai Presiden sebuah parti.

Selain itu, beliau juga mempunyai tanggungjawab moral kepada penyokongnya, berhubung kedudukan suaminya, kerana suaminya itu, bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Yang bertambah-tambah pelik lagi, adik kepada Azmin Ali-Ummi Hafilda, sehingga kini, terus mengulangi dakwaannya terhadap kakak iparnya itu. Meskipun diulang-ulang, tiada sedikitpun tindakan daripada Azmin, mahupun Anwar sendiri, apatah lagi Shamsidar.

Berdiam dirinya mereka, bertambah-tambah lagi keyakinan rakyat, bahawa perbuatan terkutuk itu memang berlaku dan benar.

Jikalah ditakdirkan, bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri, untuk pertamakalinya, negara islam seperti Malaysia diketuai oleh seseorang yang diragui moralnya.

Namun, kerana doa rakyat, yang mengharapkan negara ini diterajui oleh seseorang yang tidak mempunyai krisis moral, akan tersenantiasa diizinkan oleh Allah.

Wednesday, June 20, 2012

Awas!! Kalau Pakatan menang-LGBT disahkan

Dalam Perlembagaan Negara khususnya Perkara 8 Klausa 1 dan 2, gender yang dimaksudkan adalah lelaki dan wanita. Untuk itu, dalam tafsiran Pelembangaan, seseorang rakyat negara ini, perlu mengisthirkan dirinya sesuai dengan tafsiran dalam klausa tersebut.

Namun, menurut Pakatan Rakyat, klausa tersebut tidak adil, kerana tidak mengiktiraf pilihan individu atau hak individu untuk mengklasifikasikan dirinya.

Pakatan Rakyat, menggunapakai tafsiran hak menurut barat, yakni pengkelasan jantina, selain lelaki dan perempuan, namun termasuk juga Lesbian, Gay, Biseksiual dan Transeksual (LGBT).

Melalui pengiktirafan itu nanti, adalah untuk membolehkan perkahwinan sejenis, seperti yang berlaku di barat. Nota- mana-mana agamapun di dunia, tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Tuesday, June 19, 2012

Tuntutan gantirugi DBKL: Pastikan Ambiga bayar!!!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menuntut penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 supaya membayar lebih RM351,000 yang kerosakan harta awam dan kos yang ditanggungnya ekoran perhimpunan 28 April.

Jumlah paling besar dalam tuntutan tersebut ialah bayaran untuk elaun lebih masa kakitangan jabatan penguatkuasanya yang bertugas – sebanyak RM174,240.

Selain itu, DBKL juga menuntut RM50,000 untuk kos makan minum dan pengangkutan kakitangan jabatan penguatkuasa tersebut, selain RM26,000 untuk kos pengangkutan kakitangan jabatan kejuruteraannya.

Ketua pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup membuat tuntutan tersebut kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO tersebut, Maria Chin Abdullah.

Selain tuntutan berjumlah RM351,203.45 itu, DBKL dalam surat tuntutan bertarikh 18 Jun itu juga menuntut supaya BERSIH membayar kos tuntutan RM100, dalam tempoh 14 hari.

Salleh berkata, BERSIH dihalang daripada membuat perhimpunan tersebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan PDRM melalui perintah mahkamah bertarikh 26 April.

"Datuk Bandar tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan bagi perhimpunan BERSIH 3.0 kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang merupakan suatu tempat bersejarah dan tumpuan pelancong.

"Tetapi pihak Datuk dan puan terus menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan kacau bilau di Kuala Lumpur dan kerosakan harta benda awam," kata Salleh dalam suratnya.

Dalam tuntutan tersebut, Salleh berkata kos kerosakan itu dari RM5,900 – untuk papan tanda dan pengadang, sehinggalah RM57,850 untuk kerosakan lanskap DBKL.

Dalam satu kenyataan segera, Ambiga dan Maria menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu gangguan yang menjadikan mereka sebagai sasaran.

Disebalik Desakan Azmin Ali memecat Fakeah Husin

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang, 13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat.

Dalam laporan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi Twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010.

Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen “Kami Sayangkan PKR” yang dihebahkan melalui laman maya.

Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.

Ini kerana, Abdul Khalid dikatakan sering menolak permintaan orang parti itu khususnya dari golongan “oportunis” untuk mendapat manfaat daripada sebarang pelaksanaan projek daripada kerajaan negeri.

Keadaan inilah yang barangkali memaksa Azmin memberi tekanan kepada Abdul Khalid sebelum ini sehingga membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PKR Selangor oleh Abdul Khalid dan digantikan oleh Azmin sendiri pada 2010. Begitu juga dalam soal gesaan Azmin agar Faekah dipecat daripada jawatannya yang didakwa mempunyai kaitan yang serupa.

Menurut sumber dari pihak kerajaan negeri, difahamkan tulisan Twitter Azmin itu dibuat sebagai mewakili “orang PKR” yang tidak setuju dengan tindakan Faekah tidak menyalurkan projek-projek di bawah Geran Selangorku kepada mereka.

Ini kerana menurut sumber itu, Faekah dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa merangkap wakil parti politik dalam pengurusan geran berkenaan yang mempunyai peruntukan keseluruhan RM300 juta menerusi Bajet Selangor 2012.

Apa pun, senario itu dilihat antara pergolakan yang berlaku dalam PKR yang menjadi-jadi pada hari ini dan boleh dikatakan ia bukanlah rahsia bagi kebanyakan orang dan penganalisis politik di negara ini.

Apa tidaknya, umum di negara ini dari peringkat orang muda hinggalah kepada orang tua sememangnya mengetahui dakwaan melibatkan kepimpinan tertinggi parti pembangkang itu dari segi moral khususnya.

Daripada dakwaan melibatkan isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.

Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya, Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994. Dalam tempoh itu, Azmin dikatakan bekerja sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dengan menerima gaji sebanyak RM2,442 sebulan manakala Shamsidar hanyalah seorang suri rumah yang tidak bekerja.

Itulah realitinya PKR, mereka tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.

Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu.

Namun, di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, PAS dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat.

Tidak hairanlah apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dengan sinis menggelarkan pentadbiran negeri sebagai “tikus membaiki labu” yang mana gelaran itu amat tepat berdasarkan perbandingan apa yang dilakukan pakatan pembangkang sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini bermula Mac 2008.

Gelaran sedemikian sebenarnya satu refleksi bahawa kerajaan negeri pada hari ini boleh dilihat sebagai “kerajaan tikus” kerana banyak perkara yang dilakukan kerajaan negeri pada hari ini yang bukan hanya tidak membawa sebarang manfaat, bahkah memburukkan lagi jaminan keselamatan sosial rakyat pada masa depan.

Ambil sahaja isu bekalan air terawat sebagai contoh, kerajaan negeri sehingga hari ini masih enggan memberikan persetujuan untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebenarnya untuk menampung keperluan bekalan air bersih baik kepada rakyat serta industri di negeri ini selain sebagai langkah untuk menangani krisis sumber itu yang dijangka berlaku 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Putrajaya.

Namun, alasan yang diberikan kerajaan negeri menolak pembinaan loji itu berdasarkan kenyataan Abdul Khalid menerusi laporan akhbar tempatan pada 30 Mei lalu adalah pembinaan loji berkenaan kononnya menyebabkan rakyat akan membayar kenaikan kadar tarif yang tinggi, selain terus mengatakan Selangor masih mempunyai bekalan air mentah yang banyak.

Sebenarnya isu bekalan air yang kritikal di negeri ini adalah air terawat dan bukannya air mentah seperti mana yang ditegaskan oleh Noh pada 25 Mei lalu bahawa dua buah loji rawatan air (LRA) Semenyih dan Langat berada dalam keadaan yang “sarat” ekoran beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya. Ini termasuklah dua lagi LRA iaitu di Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 juga berisiko menghadapi situasi sama.

Inilah kesannya akibat sikap “kerajaan tikus” negeri ini yang mana mereka kononnya mahu melakukan sesuatu untuk perkhidmatan air tetapi pada masa sama rakyat dan industri negeri ini terpaksa menerima kesan daripada sikap mereka dalam menguruskan isu itu.

Situasi sama juga dilihat berlaku dalam soal pendidikan di Selangor apabila kerajaan negeri ini dikatakan menjadikannya sebagai komoditi untuk meraih sokongan politik.

Pandangan itu diakui sendiri oleh Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi yang menyatakan apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam soal itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Mengambil contoh tindakan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) serta tidak membenarkan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah sebelum ini, beliau menyatakan ia jelas memperlihatkan betapa ruginya anak-anak rakyat Selangor dari segi peluang pendidikan pada masa depan.

Begitu juga jelasnya dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang dilihat hanya mementingkan keuntungan apabila mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan untuk dibangunkan projek komersial.

Justeru, apa yang berlaku di bawah kepimpinan pakatan pembangkang sejak mentadbir Selangor adalah peluang pendidikan untuk rakyat begitu banyak diabaikan hanya kerana mahu menjaga survival politik mereka.

Dalam tempoh empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR, DAP dan PAS juga dilihat langsung tidak mempunyai sebarang inisiatif dalam melaksanakan pembangunan pendidikan termasuklah tidak mempunyai pelan khusus untuk tujuan itu.

Kepada rakyat Selangor, cuba kita fikir sejenak dan namakan sebuah institusi pendidikan yang telah dibangunkan atau pelan pembangunan jangka panjang atau pendek yang dirangka oleh kerajaan negeri, nampaknya tidak ada langsung.

Apa yang pasti, semua kemudahan dan pembangunan pendidikan di Selangor yang ada pada hari ini hasil daripada usaha pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini termasuklah Universiti Selangor (Unisel) yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor.

Sebenarnya, banyak lagi tindakan kerajaan negeri yang boleh disebut menjejaskan kehidupan rakyat di Selangor seperti isu perkhidmatan kutipan sampah yang gagal dilaksanakan kontraktor dilantik.

Akhirnya, kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat untuk membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta yang seolah-olah untuk menutup kelemahan mereka menguruskan perkhidmatan itu. — Utusan Malaysia

Sunday, June 17, 2012

Hanya bermula tahun 2012 wanita Kelantan tahu Aurat: Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am PAS itu berkata larangan itu dibuat ketika PAS baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Baharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam PAS (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan PAS Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah Al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran bermula tahun depan.. BERNAMA

Pembangkang kambing hitamkan SPR: Muhyiddin

Pakatan pembangkang sengaja melemparkan tuduhan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak betul dan dilaksanakan secara penipuan kerana mereka tahu kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) kini mendapat sokongan penuh ‘Gelombang Biru’ untuk memimpin kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata ‘gelombang’ itu kini dirasai rakyat di seluruh negara, dan yang lebih penting, negeri yang dikuasai pembangkang.

“Di Pulau Pinang, sudah ada kesedaran di kalangan pengundi Cina,mereka mulai tidak ada pilihan parti yang lebih baik selain BN... orang Kelantan (pula) sudah bersemangat dengan ‘gelombang merah’,” katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di kuala Kurau, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau tahu ada kawasan yang dikuasai BN menjadi sasaran pembangkang untuk menabur ‘janji alpa’, memberi ‘bintang’ dan ‘matahari jatuh ke riba’ kerana pilihan raya semakin hampir.

Beliau berkata kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan ingin mengambil alih kepimpinan kerajaan, turut terjejas apabila masih gagal menafikan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Katanya, kredibiliti Anwar juga semakin dipersoal apabila gagal menafikan tuduhan memiliki 20 akaun di luar negara berjumlah RM3 bilion.

Selain itu, Muhyiddin berkata anggota dan penyokong BN perlu ingat kedudukan kerusi dalam pilihan raya adalah penting kerana kekalahan atau kekurangannya boleh menyebabkan BN tidak dapat membentuk kerajaan atau menguasai dua pertiga Dewan Negeri atau Parlimen.

“Dalam pilihan raya, kerusi itu penting, BN pernah kalah dan menang. Kita tidak dapat peroleh dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini membuktikan pilihan raya kita adil dan tidak ada penipuan,” katanya.

Ummi Hafilda simpan 20 akaun Azmin dan Anwar

  1. ANWAR IBRAHIM dikaitkan dengan 20 akaun, apabila bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad membuat akaun bersumpah pada 26 Oktober 1999 dengan menyatakan bahawa akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.
  2. Namun selepas kes tersebut disiasat oleh BPR (sebelum bertukar nama kepada SPRM), kes tersebut DICATIT 'KEMAS UNTUK DISIMPAN" ertinya kes boleh disiasat semula jika ada BUKTI-BUKTI BARU.
  3. Walaupun kes 20 akaun yang membabitkan Anwar sudah berlalu 13 tahun lalu, namun sejak akhir-akhirnya ini kes tersebut terbangkit semula, ekoran beberapa bukti baru yang bermunculan.
  4. Ekoran daripada bukti-bukti baru itu, maka berbagai pihak mahukan kes tersebut disiasat semula; kerana sehingga kini tiada jawapan pasti mengenai dakwaan itu. 
  5. Adalah perlu untuk rakyat negara ini mengetahui kebenaran daripada akuan bersumpah yang dibuat oleh Abdul Murad, kerana akuan itu mempunyai merit untuk diketahui, memandangkan kedudukan beliau di Bank negara. 
  6. Adalah menjadi tugas SPRM untuk "turn all the stone" yang menyelubungi akaun sepertimana dinyatakan oleh Abdul Murad, kerana ianya membabitkan jumlah wang yang cukup besar. 
  7. Rakyat perlu tahu duduk perkara mengenai akaun itu, kerana ianya membabitkan seseorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
  8. Adalah sungguh bahaya, jika seseorang yang biasa menyalahguna kuasa menerajui negara ini, kerana negara termasuk rakyatnya akan diperjudikan demi kepentingan peribadi.
  9. Sebagai catatan yang perlu dipaparkan semula mengenai Anwar Ibrahim adalah:- 
  • Menggunakan kedudukannya mengarahkan polis berhubung laporan Dr Ristina Majid dan Ummi kepada Tun Dr Mahathir berkaitan salah laku seksnya. 
  • Menipu rakyat Malaysia pada tahun 2008, bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan, kerana 30 MP BN bersedia melompat pada 16 September, 2008. 
  • Menggunakan Nama SPB Agong, kononnya baginda perkenaan Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri k-6.
  •  Menabur fitnah, kononnya Najib terlibat pembunuhan Model Mongolia-Altanyua.

Saturday, June 16, 2012

Lim Guan Eng marah: 45,000 rakyat sambut TPM

Kawasan Parlimen P.43 Bagan, Pulau Pinang yang diwakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini menunjukan penolakan kepada pemimpin DAP itu, apabila 45,000 pengundi kawasan itu menyambut lawatan TPM Tan Sri Mahyiddin Yassin.

P.43 Bagan dimenangi Lim Guan Eng pada PRU-12 lalu dan berdasarkan kepada sambutan luarbiasa pengundi di kawasan tersebut kepada TPM, adalah jelas angin perubahan bertiup kencang di Pulau pinang.

Pada PRU-12, hanya calon-calon daripada Umno sahaja yang menang kerusi yang ditandingi, manakala calon-calon daripada MCA, Gerakan dan MIC tewas.

Kawasan Bagan adalah kawsasan majoriti kaum cina. Melihat kepada sambutan yang diberikan kepada kepimpinan BN, adalah cerah harapan, bahawa calon-calon BN pada PRU-13 akan menang.

Melihat sambutan para pengundi kepada TPM sempena lawatan seharinya di Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat marah, dan keadaan itu adalah petanda, bahawa kerajaan DAP hanya mampu sepenggal, sama dengan Kerajaan Pas di Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Scorpene-Altantuya: Zahrain Hashim minta Anwar henti fitnah terhadap Najib

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.

''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.

''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar enggan mematuhi arahan Anwar kerana tiada bukti yang mengaitkan Najib dalam dua isu itu.

Zahrain menambah, pembangkang mula memfitnah Najib berhubung isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.

''Sepatutnya isu-isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan kerana Perdana Menteri telah melafazkan sumpah bagi menunjukkan beliau tidak bersalah.

''Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa, pembangkang kini mengulangi permainan politik kotor itu dengan mereka cerita semata-mata untuk membohongi rakyat," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Zahrain turut membidas Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

''Bila kita tanya tentang bukti, Suaram kata tiada. Tuduhan terhadap Najib dibuat berdasarkan kepada andaian sahaja," katanya.

Dakwa Zahrain, beliau tahu siapa sebenarnya yang mendalangi Suaram dan Anwar diminta tidak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fitnah. -Utusan

Friday, June 15, 2012

Mohon Tuanku-Jangan izinkan sipenderhaka Nizar mengadap

Penderhaka seperti Nizar Jamaluddin (gambar), seharusnya jangan dibenarkan mengadap.

Sebelum ini, mantan MB Perak itu, menderhaka kepada Sultan Perak, kerana tidak mahu menerima titah banginda yang melantik Zamri Abdul Kadir sebagai MB, pada Februari 2009; atas sebab Nizar kehilangan sokongan DUN Perak.

Nizar dikaitkan dengan sidang DUN bawah pokok dan sidang DUN Heritage Hotel, perjalanan penderhakaannya terhadap Sultan Perak.

Kini Nizar pula menderhaka kepada Sultan Johor, dengan mendakwa wang bidaan Tuanku untuk plat nombor WWW1, disangka wang rakyat; dan Nizar mengecam bidaan itu.

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.

Dikhabarkan Nizar mengutus surat ke DYMM Sultan Johor untuk mengadap.

Anwar arah kaitkan Najib dengan kematian Altantuya: Zulkifli Noordin

Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyangkal dakwaan bekas peguam belanya, Datuk Zulkifli Noordin berhubung arahan untuk mencipta bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata, Anwar tidak seharusnya bersikap berpura-pura tidak mengetahui dakwaan terbabit.

"Beliau harus nafikan jika dakwaan itu adalah tidak benar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan Zulkifli baru-baru ini tentang Anwar yang mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Mengulas lanjut, Zahrain juga membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene sedangkan tiada bukti dikemukakan oleh mereka.

"Ini termasuklah Majlis Peguam yang bukan mahu mencari kebenaran tetapi ingin menjatuhkan kerajaan," katanya.

Thursday, June 14, 2012

Anwar sendiri telefon MP BN untuk lompat :Zahrain Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah ditawarkan wang untuk keluar parti ketika masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu dan tidak terlibat mengenai ejen rahsia serta tidak pernah ditawarkan apa-apa untuk keluar PKR, sebab itulah saya menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen. Saya bebas mengkritik pembangkang mahupun kerajaan.

“Apa yang saya tahu mengenai kes membeli ahli parlimen ini, ia bukan kes baru kerana sebelum ini ia pernah berlaku di Taiwan apabila Ahli Parlimen BN ditawarkan untuk masuk PR, sebelum kes 16 September," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemaparan klip video yang mendakwa wujudnya ejen daripada pihak tertentu untuk membeli wakil rakyat PKR untuk melompat parti.

Mengulas lanjut, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata pendirian beliau dalam isu berkenaan adalah jelas malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan perkara yang serupa dengan mengejar ahli Barisan Nasional (BN).

“Wang ringgit bukan boleh beli semua orang, tapi kalau kata nak beli ahli parlimen, berhubung kait dengan isu 16 September itu saya tahu, dengan jelas ada yang mahu beli ahli parlimen BN. PR sendiri, Anwar sendiri, pernah telefon setiap ahli BN untuk lompat parti,” katanya.

Blog Archive